Tips Beli Barang Online

Tips ni lahir dari hati aku wah gituu. Aku ni memang pengemar beli barang online, macam jadi ketagih tau nak beli bila barang bila dah selamat sampai kat tangan kita hahaha. Bagi aku bila barang tu sampai kat tangan kita rasa excited melampau "wahhh aku dapat hadiahhh" poyos kan, sikit lah padahal engko yang beli engko yang bayar jadah apa dapat hadiah kan LOL. Ok ini antara tips yang aku guna bila nak beli barang online. Tips ni untuk pengemar instagram lah, sebab aku dapat tahu barang yang aku nak tu melalui instagram tapi mana-mana laman sosial pun sama jugak boleh guna tips ni.

  • Banyakkan membuat kajian
Paling penting sekali kau kena buat kajian sikit, jangan malas ye anda-anda semua. Beli barang           online ni kau kena banyak bersabar ye jangan gelojoh sangat. Alah bukan keluar peluh pun ibu jari tangan kau tu je kena gigih sikit bekerja rajin-rajin lah menjelajah IG kau tu. Kalau kau nak cari tudung murah ke apa, kau cari instagram yang jual tudung je. Jangan pulak kau nak cari tudung, nampak IG alat make up kau rasa nak beli make up pulak. Sikit lagi gila lah kau dah tentu arah nampak benda lain kan. Untuk memudahkan korang cari barang, penggunaan hashtag sangat famous di kala ini hamboiii kan. Contohnya hashtag #sayajual #sayajualtudung #sayajualkasut #tudungbawal #shawlmurah eh macam-macam lah, kau taip je berduyun gambar keluar. Antara perkara yang aku tengok dalam buat kajian ni ialah 


* Jumlah follower-kau tengok follower dia beribu riban tak, kalau tak kau cancel jelah tengok IG dia, bahaya tau mungkin itu IG yang fake silap-silap kau boleh kena tipu

* Gambar-selain tu kau tengok banyak tak gambar yang dia uplod, setakat dua tiga kerat je gambar ah lupakannnnnn

*Feedback dari customer-Mana IG yang jual barang ni suka printscreen conversation whatsapps antara customer, dia lebih kepada respond customer lah bila barang tu dah di gunakan, ha dari situ kau baca lah apa feedback dari customer tu

  • Buat perbandingan
Bila kau dah kenal pasti IG mana yang menjual tudung, kau kena buat perbandingan. So di sini bila kena buat perbandingan kau kena senaraikan lah IG yang jual tudung tu. Contohnya tudung cik salmah maembong, hijab kak jah selamat dan stylista rendang mainah. Then, kau tetapkan skop tudung macam mana kau nak, seperti kau nak shawl material cotton, tak jarang sangat, harga berpatutan. Ha kau tengok dari segi skop kau nak tu lepastu kau bandingkan ketiga-tiga IG yang kau dah jumpa tu.

  • Layanan dari penjual
Bila kau dah yakin kau dah jumpa tudung yang kau impikan yang kau damba dambakan, kau whatsapps kepada penjual ini, kau tanyalah macam-macam dengan dia. Aku pesan kat korang jangan soalan pelik-pelik sangat lah ye guna logik akal sikit soalan. Bila kita nak whatsapps kat penjual tu berbudi bahasa sikit kita ada adab dan budaya jangan terus sergah je dia. Kalau aku penjual pun panas, terus tak nak jual barang dah. Ok bila kau whatsapps penjual tu dia layan kau baik punya kau pun rasa sejuk hati dan yakin nak beli kan, tapi bila dia layan kau acuh tak acuh tu ermm kau faham-faham lah ye. Kau whatsapps dia pukul 2 petang esoknya pukul 11 malam dia balas ermmm fikir-fikirkan lah. Aku anggap dia tak serious nak meniaga, kalau lewat sejam dua boleh lagi..mungkin dia ada kerja takkan nak mengadap hp setiap saat. Tengok situasi jugak, mungkin penjual tu punya hp ada problem ke line teruk ke, dia sakit ke, dia bercuti ke then dia umukan kat IG. 


Itulah antara kaedah yang aku guna bila nak beli barang online. Bagi yang kali pertama nak beli barang online mungkin rasa macam tak berapa percaya sangat. Yelah kalau nak beli baju kena try dulu takut tak muat lah, bila dah dapat baju tu koyak lah macam-macam lagi. Aku dulu pun macam tu jugak, banyak sangat soalan bila nak mula beli tu. Tapi bila dah rasa best macam aku gian nak beli lagi hahahaha. Orang kabo beli ikut kemampuan jangan sampai biar papa asal bergaya oh no no no no tak baik . Masa mula-mula aku nak terjerumus dalam beli online ni aku beli barang harga yang tak berapa mahal sangat, maksud aku harga tu bila kau kena tipu kau tak rasa ralat bila duit tu lesap macam tu then barang tak dapat. Yelah tapi duit kita kan of course lah sedih siapa tak sedih dah duit lesap barang tak dapat. Ok itu saja tips dari saya good luck dan selamat membeli belah. 

peacchhh yawwwww















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...