Di lema Selepas Belajar

Cukup hujung bulan ni genaplah 4 bulan aku menganggur. Bukan tak usaha..dah usaha..arghh tapi gilahlah tension jugak aku bila fikir. Maun tak tension orang sekeliling gemar ambil tahu hal peribadi walaupun kau tak peduli pasal orang keliling. "kerja mana sekarang?" Ayat tu tersangat lah fobia sampaikan kau tak nak jumpa orang dah nak menyorok dalam rumah. Sebelum 4 bulan aku menganggur ni aku ada kerja jugak..tapi disebabkan tak selesa dan tak berapa nak seronok berenti, erm gitulah. Belum ada rezeki weiiii belum adaaaaaaaa.




Masa sekolah dulu meronta-ronta tak sabar nak habis sekolah, kononya nak cari duit sendiri nak pegang duit sendiri. Alhamdulilah ada rezeki masuk universiti, macam biasalah dah masuk universiti tergedik-gedik tak sabar nak habis belajar. Ha lani apesal kau tak tergedik-gedik cari kerja kan (marah diri sendiri). Aku percaya pada rezeki..tuhan belum nak bagi rezeki lagi. Memang tiap-tiap hari aku latih diri cuba bersikap sabar dan muhasabah diri. Yelah aku ni manusia biasa kadang boleh hilang pertimbangan jugak.



Paling tak gemar bila orang-orang tua cakap, kawin yolah daro sonang tak payah kojo laki kau tanggung. Hamboi sedap je cakap kan, kalau muka aku ni iras Marion Caunter tak pelah kawin dengan billionaire kau goyang kaki, laki kau masuk akaun beribu riban. Harapan jelah berpijak bumi yang nyata hahaha. Haih pening pening pening. Zaman dulu-dulu boleh lah guna terma macam tu habis belajar kawin. Ermm aku tak berapa suka, tapi kalau dah jodoh lain lah cerita. Dah sampai masa kau kawin, kawin jelah tak payah tangguh-tangguh. Benda baik di percepatkan tak gitu. Kes aku ni lain lah




Lagi satu orang selalu cakap, tak tau lah korang aku je ke selalu kena "duduk rumah buat apa makan tido je lah kerja kau" Ini lagi hamboiii kuasa dua. Kalau lelaki yelah makan tido je, aku ni perempuan. Aku masih ada rasa tanggungjawab lagi lah, takdelah aku mengangkang seperti orang cakap. Kalau orang cakap macam tu aku ha'ah kan je "ha'ah makan tido je besarkan apa yang patut besar". Aku duduk rumah ni tolong mak lah, basuh kain, basuh pinggan, tolong masak, sapu sampah, basuh bilik air. Itulah rutin aku setiap hari. Kadang-kadang elemen 'Pergi M' sangat berguna. Supaya pujuk hati kau jangan dengar sangat cakap orang. Kau layan kau sakit hati, baik buat tak tau, kalau berani kau menjawap. Kalau engko berani lah kan hahahaha








ok peachhhhh yawwwww

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...