Aku Tak Pandai

Aku dari kecik sampai lah besar maksud aku sampai aku habis belajar, aku tak suka orang tanya result aku.

"dapat nombor berapa?"

"ada berapa A?"

"pekse dapat no berapa?"

"UPSR dapat berapa A? PMR dapat berapa? SPM dapat berapa A?"

"Pointer berapa? Mesti dekan setiap sem"

Seriously aku memang tak suka orang tanya soalan ni. Aku rasa soalan yang menjengkelkan aku. SANGAT-SANGAT. Dulu aku rasa macam ermmm rendah diri jugak, yelah tak pandai macam anak orang lain. Ada tu siap membandingkan pulak.

"Anak cikgu takkan tak pandai?"

Ye anak cikgu pun manusia biasa jugak, Mentaliti orang anak cikgu hebat, gah, pandai and so on. Aku sampai tahap tak sabarnya nak habis sekolah, tak nak sekolah dah. Aku rimas orang tanya soalan-soalan tu. Boleh kata aku BENCI orang tanya soalan tu.

Lepas habis SPM ingat tak payah sekolah dah. Wah happy sesangat weh tak payah pakai baju sekolah semua. Sekali ayah aku suruh masuk form 6. Nangis-nangis suruh masuk form 6. Memang lah aku menentang, sebab aku dah ada macam-macam plan. Dah nama ayah, sebagai anak memang tak boleh kata NO lah kan.

Aku akur masuk lah form 6. Benci tak benci habis jugak lah aku sekolah form 6 tu. Macam wahhh aku ada sijil STPM lah. Paling dasyat sekali.. aku lulus semua mata pelajaran, sebabnya masa paper pengajian am aku rasa aku gagal paper tu. Maknanya kalau aku gagal paper tu aku tak dapat sijil SPTM. So, sesia lah aku sekolah setahun setengah tu.

Bila dah habis sekolah form 6 orang tak tanya result aku, sebab tak ramai orang masuk STPM ni. Kebanyakan baya-baya aku sambung politeknik atau masuk matrik. So, yang masuk form 6 ni orang kata sebilangan kecil je lah. Orang tanya aku jawap semua lulus, wehooooo. Time ni bangga sikit ah orang tanya kat aku. *senyum lebau*

Bila rasa diri ni macam tak layak masuk universiti. Aku pun gigih lah cari kerja, tak kisah ah kerja apa janji kerja. Tapi dalam masa yang sama aku isi jugak borang UPU online tu, kononya mana tau ada rezeki sambung belajar. Kesedaran ni timbul masa form dulu, habis STPM aku nak masuk universiti.

Lepas STPM dulu aku kerja cashier je dekat dengan rumah aku. Masa tu kerja cashier pun aku dah rasa bangga habis. Yelah konon aku dah besar, dah boleh cari duit sendiri. Walaupun masa tu ayah aku tak setuju kerja. Entah lah apa dia pikir masa tu. Mungkin dia tak percaya anak dia dah besar, boleh berdikari.

Setiap bapa especially anak perempuan mahukan yang terbaik dalam hidupnya. Siapa nak anak dia tiada masa depan yang cerah. Aku tahu dibelakang aku ada doa dan harapan yang tinggi untuk aku.
Pung pang pung pang 5 bulan lebih aku kerja sebagai cashier. Ada satu hari tu kengkawan sibuk check online dapat U mana. Masa tu aku sibuk nau kerja, kerja shift ni masa dia terhad. Balik malam dah penat terus tido.

Aku pun yelah nanti aku tengok. Tak silap aku lepas aku balik kerja petang masa tu, aku terus on PC ayah aku check online aku dapat U mana. Dia punya debar tu nak tercabut jantung wehhh. Sekaliii zaaaassssssssssss...

"Tahniah anda mendapat tawaran ke Universiti Utara Malaysia"

Aku terus terjelopok ke lantai. Allah je tahu perasaan masa tu. Sumpah demi Allah kaki tangan terus gigil. Masa tu ayah aku oustation so aku call dia. Masa tu aku dah nangis-nangis tak mampu nak cakap. Suara ayah aku macam panik gila dia tanya aku kenapa. Then, aku cakap

"ayah orang dapat masuk universiti"

Suara ayah aku sebak, aku tahu suara ayah berubah.. Then dia cakap

"congratulations...good girl..tahniah anak ayah"

Dipendekkan cerita 4 tahun kemudian, aku konvo. Macam tak percaya woi aku ada ijazah hahaha bangga sangat bangga. Akhirnya ada sesuatu yang boleh buat ayah dan mak aku tersenyum dengan pencapaian aku.. Allah sebak... Sebaik aku keluar dewan aku tercari-cari mana lah ayah aku ni. Bila dah nampak aku terus lah serbu salam keluarga aku, last sekali baru salam ayah aku.

Kau tahu dia peluk aku  lama sangat. Itu lah kali pertama dia peluk aku lama sangat... dia nangis..aku pun nangis... He said

"congratulations.. tahniah anak ayah"

Cerita ni sebenarnya 3 4 tahun dulu... aku sambil taip ni pun nangis-nangis tak berenti ingat balik setiap detik indah aku.. Siapa pun kau tinggi mana pun kau, kau jangan lupa siapa di belakang kau. Biarlah orang kata apa pun pasal kau. Kau tak pandai ke, kau kerja biasa ke, lantak dia lah. Aku bangga ada ayah macam aku, tak pernah bandingkan aku dengan orang lain, tak pernah putus bagi semangat.

Orang sayang sangat dengan ayah...





Menyesuaikan Diri Di Tempat Kerja Baru

Bila kita nak masuk kat tempat baru mesti macam-macam fikirkan. Macam mana suasana pejabat..macam mana kawan sekerja, bos berlagak ke tidak..kerja berlambak lambak ke tidak. Eh macam-macam lah. Kalau aku nak masuk tempat baru dah tak senang duduk dah, tido tak lena, makan kenyang eh. Aku takdalah banyak pengalaman tapi boleh lah nak kongsi sikit ngan korang. Ini antara yang aku buat bila aku masuk tempat baru.

Bersedia dari segi mental dan fizikal. Mental tu kau dah set yang kau budak baru pasti akan ada sedikit unsur buli, tak sikit banyak, tak banyak sikit. Ha macam tu lah. Senior suruh buat ini suruh buat itu.. Tengok skop pekerjaan kaulah, takkan kau kerani dia suruh kau mop lantai pulak. Mula-mula tu mesti dia suruh kau paham skop kerja kau, baca ini baca itu. Ok lepastu dia ajar lah mana yang patut. Baru sekali buat dah rasa pening semua erm jangan mengalah sahabat jangan!! (nada penuh emosi

Kena ramah. Kalau kau ni jenis pendiam, alamatnya mereput lah kau kat kerusi. Belajar ramah dengan orang, yelah takkan ngan binatang pulak kan. Mulut tu rajin-rajin sikit borak ngan meja sebelah. Kau tanya lah bos ok tak..kerja susah tak, kat sini kedai makan kat mana. Ha tanya jelah apa-apa soalan yang logik sikit. Jangan kau tanya kat sini ada pakwe kacak tak, ha karang ada makan guna tiub. Baru masuk dah tak fokus. Rajinkan bertanya apa kerja kau, macam mana nak buat. Kalau tak paham cepat-cepat tanya jangan kau tunggu je kat kerusi tu. Kalau aku lah jadi bos kau serta merta aku buang, merugikan syarikat. 

Rebut peluang. Kalau company kau ada buat apa-apa majlis, join lah sekali. Contohnya rakan sekerja kau buat majlis hari lahir anak dia, kau join lah sekali, tak tau rumah ikut kawan lain yang tau rumah dia. Jangan jadikan alasan tak tau rumah dia. Time ni lah kau nak rapat-rapat dengan rakan sekerja, nanti senang kau nak mintak tolong pasal kerja kau. Takda lah kau melopong je depan pc, kalau macam tu sampai sudah tak siap kerja kau. Pagi-pagi tu kawan kau ajak breakfast sama, ha pergilah boleh bual-bual tanya itu ini takda kau rasa awkward sangat. 

Kesimpulannya, mula-mula masa tempat baru memang lah rasa janggal rasa ini lah itulah...takkan masuk-masuk terus waaaa bestnyaaa waaaa gilo kau ni. Lama-lama nanti ok lah serasi semua.. Janganlah masuk seminggu dah stress nak berenti tak tahan tekanan dengan senior. Hek eleh relex ah. Yang ni aku tujukan untuk yang fresh graduate yang tak pernah langsung kerja. Kau kena terima apa sahaja cabaran. Ini lah kehidupan sebenar kau, suka atau tak kau kena kerja jugak. Lain lah kau petik jari duit melimpah dari langit. 




Lelaki Meroyan

Selalu baca post lelaki meroyan kat media sosial tak? Kalau pasal bola ke vape ke itu perkara biasa lah. Hal yang aku ingin perkatakan adalah meroyan tentang kawin teeehheeeeee senyum sikit...motifff

Ye, kawin, bosan kan topik ni peduli hapa aku. Apa kena mengena kawin, meroyan dan lelaki? Te nenenenene..... Motifnya ialah biasa tak tengok lelaki meroyan tentang hal kawin kat media masa? Ok tak nampak lagi? Ini antara contohnya ialah

"haihlah setiap minggu dapat jemputan kawin" <-- Post ini akan berulang kali nampak hampir setiap minggu belum tiap minggu lagi, hampirlah

"adoiiiii mak cik mak cik ni asyik tanyaa kawin jeeee" <-- Post ini setiap kali balik kampung

"jumpa kawan yang dah kawin mesti tanya bila lagi bila lagi" <- Post ini bila kau pergi kenduri kawan-kawan

"macam nilah nasib setiap minggu akan datang sini mendobi <-- Post gambar mesin basuh layan diri

"adoiii nak buat apa hujung minggu ni woiiii" <-- Post ni untuk tengah bulan gaji dah habis

Kesemua post ayat-ayat di atas adalah meroyan kawin versi lelaki ye. Tetapi para-para gadis sakura janganlah suka sangat nak menyatakan dia tu bujang trangtangtang dan ada chance nak ngorat. Hentikanlah para gadis dia post je ayat-ayat di atas tuptup dapat invite kawin kat FB haaaa ngangoooo. Memang menyampah kalau baca, tapi nak buat macam mana media sosial diakan

Oh ye satu lagi, kejadian di atas sesuai untuk lelaki yang ada rupa sikit, yang takda rupa memang akan dapat kecaman hebat dari para gadis. Apa macam bagus je? Ye memang.. Kau kena terima hakikat kat dunia ni mana ada yang adil. Yang kacak di perhati yang cantik di puji, yang hodoh di keji yang jahat di sumpahi. Tahi betul.

Letak Jawatan Sebagai Penganggur

Diam tak diam dah sebulan lebih dah aku kerja. Alhamdulilah dapat dekat sangat dengan rumah..minyak dan duit makan tengah hari jimat sangat2 boleh meyimpan. Syukur syukur dan syukur tak terkata.... Yelah orang yang sabar itu adalah orang yang menang. Tapi bagi aku belum rasa kemenangan lagi..Perjuangan aku masih panjang.

Kawan baik

"akak saya ada masalah dengan kawan baik saya"

"apa puncanya?"

"entahlah kawan saya tu..macam mengata saya kat belakang"

"kawan yang baik tidak mengata di belakang, kawan yang baik tidak memalukan kawan walaupun hanya kamu berdua, kawan yang baik datang bila susah dan senang, kawan yang baik bukan hanya kongsi kegembiraan, kawan yang baik bukan macam 'touch n go', kawan yang baik tidak sindir menyindir di laman sosial, kawan yang baik tak tunjuk bangga diri, kawan yang baik tak tunjuk dia serba hebat, kawan yang baik sentiasa tenang di sisi kamu bukan memeningkan kamu.."

Tak Sama

Setiap manusia lain-lain. Ada parut kat muka, ada tangan pernah patah, ada gigih serpih sebab jatuh. Lain-lain kan walaupun tuhan dah bagi elok dah tapi perkara nak jadi kita bukan mintak. Sama juga dengan kehidupan kita. Tak sama semua orang lain-lain mana boleh sama, takkan boleh. Ada orang bahagia, ada orang berduka, ada orang sentiasa stress, ada orang hidup sendiri. Atas diri kita nak rasa macam mana, kehidupan kau, engkau yang pilih. Tapi...itu semua kita mampu merancang tuhan yang menentukan, kalau dia tak kasi jadi macam A dia jadi macam B.

Aku nak cakap yang kehidupan kita ni tuhan bagi adil. Tapi yelah aku ni manusia yang lemah, kadang-kadang kau rasa tak adil apesal orang lain dapat aku tak dapat. Aku lupa nak cermin diri sendiri, tuhan bagi kat orang yang sepatutnya dengan ganjaran yang sepatutnya. Heh padan muka aku berjauhan lagi dengan tuhan sesuailah apa aku nak tak dapat. Dalam erti kata lain aku cemburu dengan kehidupan orang lain, padahal yang peritnya kita tak nampak, yang nampak hanya kegembiraan.

Wujud tak ungkapan tuhan bayar cash? Wujud. Sebab aku tengah rasa ni, peritnya tak terkata, sakitnya tiada ubat, pedihnya tidak dapat ditutup. Perlu tak aku mengalah? Aku tak nak berusaha lagi dah, perlu tak? Aku penat merangkak..merangkak dalam samar kegelapan. Termasuk lubang, tergigit serangga, terpijak kaca, tertikam manusia... Bila lah dapat merasa bertuah dan happy ending. Ada ke happy ending dalam kehidupan. Ending tu bermaksud mati, itu ending seorang manusia.

Tips Kebersihan Diri

Cerita yang lepas saya dah cerita pasal muka, kali ni cerita pasal diri pulak. Muka dah cantik badan busuk tak ye jugak kan. Eeeeee muka cantikkk badan busukkk. Ok tips ni jugak memang saya amalkan. Saya ni jenis berbadan agak chubby but comel, so bila orang cakap gemuk dengan badan berbau tak boleh di pisahkan. Sebenarnya boleh uols kalau pandai jaga diri... Ok here we go.

1. Mandi sehari 3 kali

Mandi tu penting, tapi janganlah mandi macam P. Ramlee, celup jari dalam kolah basuh taik mata je. Bila mandi tu semestinya lah kena bersabun, sental celah-celah mana yang patut. Celah ketiak, leher, celah kangkang tu sental sikit. Kita ni orang perempuan uols jangan malas, muka pecah takpa bersih tu penting. Tapi saya kan ada habit pelik setiap kali nak keluar rumah mesti mandi, entah apa perangai entah. Takkan keluar rumah kalau tak mandi, sampai mak pun cakap "kau ni apa kenanya asyik mandi je".

2. Jangan pakai baju yang lembap

Baju yang lembap tu macam kau basuh baju, then sidai lepastu kau dah angkat longgok kat baju yang dah basuh. Kau tak rasa pun baju tu sama ada dah kering ke belum. Baju lembap ni berbau tau rasa tak selesa bau hapak. Apa kena mengena dengan kebersihan diri? Kena mengenalah itu menunjuk kan kau tak kisaaahhhh orang bau kau hapak, padahal baju tu yang hapak. Ha nampak? Punya pemalasnya koraaannggg

3. Pakai scrub badan

Ha muka engko rajin pulak scrub kan bila badan malas ala kadar je. Ini penting sebab boleh buang kulit mati dan badan kau rasa lembut je. Badan pun nak pakai lama, kulit bersih lembut engko juga bangga tak gitu orang perempuan?  Mana nak dapat? Ya tuhan bersepah kat kedai watson atau guardian tu berlambak jual, macam-macam brand ada, duit ada semua setel. Tapi bila masuk watson atau guardian tu tengok bajet dan beli apa yang patut beli je ye.

4. Kerap tukar pakaian dalam

Paham ye maksud saya pakaian dalam tu, jangan bebuat tak paham. Kalau rasa badan tu kuat berpeluh kenalah kerap tukar, jangan malas macam mentibang laut sangat. Muka nak lawa pakaian dalam dah bintik-bintik hitam baru nak tukar eeeeeee pengotor tahu. Terapkan dalam diri perempuan dan kebersihan tak boleh dipisahkan. Kalau pakaian bawah tu rasa macam lembap atau basah tu silalah lah tukar, tak elok biarkan cik V kita tu berada dalam keadaan lembap.

5. Tukar tuala mandi seminggu sekali

Tuala mandi korang tu tukar berapa bulan sekali? Ha apa 3 bulan sekali tukar? Nauzubillah. Seminggu sekali weh tukar...kalau tuala korang tu makan bulan tukar ermm patutlah badan bau hapak. Itu effect jugak tu, bayangkan sehari berapa kali korang mandi lap guna tuala yang sama lepastu 3 bulan kemudian baru basuh. Itu kalau rendam dalam baldi tu mau keruh air. Kalau menyewa tu korang wajib ada 2 tuala, basuh satu ada lagi satu nak pakai. Tapi saya tuala muka dengan badan lain, seharusnya macam tulah.

6. Tukar sarung bantal, tilam dan selimut

Ha yang ni pun sama kena tukar jugak setiap minggu. Tapi aku tukar sarung bantal je seminggu sekali almaklum lah muka aku ni sensitif sejak teruk dulu ni dah elok kena jaga lah nok. Sarung tilam dengan selimut 2 atau 3 minggu sekali. Apa-apa pun kena tukar ye anak-anak, korang tido malam berpeluh tu kena lah tukar nanti bilik berbau hapak ye. Jangan malas jangan malas dan jangan malas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...