Malaysia's Got Talent

Pagi-pagi di kejutkan dengan panggilan misteri. Tak ada la pagi sangat pukul 9 pagi macam tu (kantoi bangun lewat) dah diam!! Nak mengutuk aku la tu. Tengok handphone missed call dari mak. Aikkkk!! Takkan duduk serumah nak call bagai pelik aku haih. Aku risau takut die jatuh motor ke, terlanggar orang ke, maklumlah mak aku tu remp-it sejati kategori mak-mak. Macam-macam binatang dah dia langgar, lepas tu dia salahkan binatang tu, siapa suruh 'dia' lalu masa mak nak jalan =.=' Pening aku nak menjawabnya. Rupanya dia call suruh alihkan kereta, ada orang nak buat jalan dekat depan rumah tu. Dalam hati aku time macam ni la kau nak buat jalankan. Gggrrrrrrrr.

*******

Ok siapa kata orang Malaysia tak hebat, who said????? Ok kau orang tak pedulikan aku. Fine! Toksah la kita bangga sangat dengan pencapaian orang luar negara tu, yang dapat nama mereka, kita dapat?? 'lu pikir la sendiri'. Semalam aku bosan tahap dewa-dewi, aku menjelajah youtube sehabis-habisnya (ok aku tipu) tak habis pun. Aku terjumpa bakat yang amat-amat lah besar dan memang patut di'komersial'kan, dan dari pandangan aku, mereka-mereka ini lebih bagus dari peserta 'AF' tu, dari 5 bintang aku bagi 5 suku bintang.

1. 
Ajek Hassan

Memang berbakat besar brother ni, difaham kan brother ni berada di Perth, Australia. Paling-paling yang tangkap leleh bagi aku ialah lagu epilog cinta dari bromley waduhhhh gawat ni. Ajek Hassan and the geng buat cover lagu macam-macam tau, eh speechless lah. Kau orang dengar la sendiri ni alamat rumah dia Mahhass's channel. (eh dia ada mole jugak la, lain tempat jek hewhewhew) Sedang meng'gigihkan' diri download semua cover lagu dia buat kat 4shared. Sila tiru.1 lagi dia dah kahwin hahahahaha frust gadis-gadis itu..

2.
cumi1569
 Ermmm brother ni aku tak dapat dikenal pasti, yang pasti dia orang Malaysia la kan (^ ^). Aku tak tau la, brother ni makan apa, suara sedap-sedap belaka ni dan brother ni tersangat-sangat la humble..tak nak dia tunjuk muka, hanya tunjuk jari-jemari nya dan gitarnya sahaja. Bagus lah, paras rupa tak penting beb, yang penting suaranya..aduuhhhhh sodap lak aiii suaro ehhhh, kita layan cumi1569

3.
Matluthfi90
Ha yang ni lak, kalau nyanyi..ermmmm ermmm ermmmmm confirm kena baling telur. Jangan marah ye mat...Mamat ni memang penghibur yang terbaik la, kalau jozan dengar ni mau nangis ni (ok aku tipu lagi) Dengan loghat kedahnya..haissss..sakit ulu hempedu aku gelak, ni sebab kau luthfi aku menci menci menci (sambil hentak-hentak kaki). Banyak-banyak telenovela dia buat, aku paling suka yang ni cantiknya semundra hewhewhewhew. Matluthfi student yang study di luar negara, chayok Matluthfi, harumkan nama Malaysia, baik punyyyerrrrr.

Asyik lelaki jek, wanita tak ada ke,,? Ada..sabar la..tak reti sabar langsung. Heiii wanita pun hebat la, apa apa apa? Jealous la tu......





4.

Melda Ahmad atau Imelda Ahmad

Ala yang kimia-kimia tu..Kau orang banyak suka ini orang sila klik like Melda Ahmad. Nak tau selanjutnya pergi kat sini

Seterunya.....

5. 
Teacher Shida
Cukup-cukup famous ye, fenomena teacher shida ni. Siap ada page facebook  cikgu Shida cik shida dari Parit cikgu Shida teacher Shida miming terbaek, hah kau, kau ado? Aku orang yang ke 1002 klik like page dia..hahaha terjebak sama. Aku kalau masa sekolah dulu dapat cikgu macam ni, confirm aku dah masuk Universiti Oxford, silap-silap lagi hebat dari Mark Zuckerberg (memang silap). Dia single tau...untung suami dia nanti, bahagia hingga akhir hayat. Sangat sempoi teacher ni, dia cakap semua video yang dia buat tu, 100% dia buat sendiri, dengan prob, pakaian, edit video tu semua lah. Wow great! Cikgu-cikgu yang ada dekat Malaysia ni, perlu contohi beliau, barulah anak murid rajin datang ke sekolah, kerja sekolah pun mesti sentiasa siap punya lah.

Sekian.




*Kau orang ada nak tambah dipersilakan, sharing is caring, sebenarnya banyak lagi tetapi dah tak larat nak taip, ni jek mampu

*Antara entry aku yang paling panjang, gigih aku meng'explore' google dengan youtube.

5 comments:

  1. huhuhu, dalam ramai2 tuh aku minat ngan cikgu shida jer. sempoi beb.....thanx sebab ziarah

    ReplyDelete
  2. okeh , taklame lagi , muke aku pulak masuk blog ko . yeah ! ^.^Y

    ReplyDelete
  3. eelobor, betol tu sangat sempoi teacher tu, most welcm..thnks jugak sebb ziarah

    Nazryn mishar, hahahaha boleh...kalau kau famous lah..

    ReplyDelete
  4. matlutfi femes g kot...haha

    ReplyDelete
  5. hahaha betol2...nobody nobody but hang :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...