Kawan Baik Ada Kawan Baik Yang Lain

Ceritanya kawan baik, best friend, BFF dan sewaktu dengannya lah. Takkan nak senarai semua pulak. Aku pasti semuanya ada kawan baik, tak kisah lah kenal masa sekolah rendah ke sekolah menengah ke, masa belajar kat universiti ke, mesti ada lah kan. Apa??? Takde??? Eh kau normal ke tak? Dari mana kau ni hehehe

Kau mesti cemburu kan bila kawan baik kau ada kawan baik lain, eh ke kau ermm sesuatu?? hahaha. Alah kau kawan kot bukannya suami atau isteri, kalau suami atau isteri tu yelah kau saja yang punya. Tapi dalam kes ni, aku hanya tujukan kepada perempuan saja lah. Perempuan je suka kisah benda-benda remeh macam ni. Betol dak perempuan? Ye betolll.....

Kau kena pikir macam ni, sebelum kau kenal kawan baik kau ada orang dah kenal dulu dari kau, eh paham tak maksud aku. Contohnya kau jumpa kawan baik kau ni masa sekolah menengah, tapi kawan baik kau ni ada kawan baik jugak kenal masa kecik, hah macam tulah maksudnya. Dalam erti kata lain kau berkongsi kawan baik....

Bagi aku maksud kawan baik ni ermm kau selesa dengan dia, boleh terima perangai kau seadanya, bila susah dia muncul bila kau gembira pun dia muncul jugak, kau rasa ada pertalian kimia dengan kawan baik kau tu amboiii kan. Ciri-ciri ni macam boipren jugak lah tapi versi perempuan sama perempuan. Pendek kata kau rasa serasi lah dengan dia. Eh susah aku nak kabo serasi macam mana, kau je boleh rasa.

Tapi kalau aku kan saat yang paling best bila kau dah lama tak contact kawan kau, tup tup dia whatsapp mengadu ada masalah, then dia cakap macam ni "entah kenapa aku percaya kat kau". Weh bergenang jugak air mata ni jiwa fragile gini lah. Maknanya kau ni kawan yang bagus lah bagi dia. Mungkin bagi kau alah dah susah baru nak cari kan, senang dulu whatsapp balas nak tak nak je kan.
Dulu aku pikir gitu jugak, bila nak meningkat matang ni (ececececece) eh benda remeh kot.

Konklusinya, kalau kau cari kawan baik kau dia ada dan dengar masalah kau, kira ok dah tu. Kau nak macam mana lagi kan. Takkan nak bersama 24 jam berkepit je, apa masalah kau ni. Nak lagi best kau berkawan jugak dengan kawan baik kau punya kawan baik, boleh mengeratkan siratulrahimmmmmm maka berkembang lah kawan yang kau ada. Tak boring ke kawan dua tiga kerat je?

ok bye..peachhhhh yawwww

2 comments:

  1. hye miss s, was here..kawan baik adalah sahabat yang akan bersama kita dalam apa jua keadaan,untuk mengenali siapa kawan yang paling baik dgn kita ketika kita dalam kepayahan,baru dapat mengenalinya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul saya setuju dengan anda =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...