Si Arjuna

Aku memang gila betol tengok budak ni. Comel dia tu eeeeee rasa nak cubit-cubit tahu? Nak cakap ape entah comel dia ni tahap erm tahap entah memang comellllll. Maknya awsemm ayahnya awsemm, anaknya super duper tripel awsemmmmmmm.

Nama di beri Bakti Arjuna Fitri. Lain dari yang lain kan? Aku suka betei nama budak ni, dah la cute, comel, kacak, becok, puteh gebu aaaaaaaa semualah. Dah tak tau nak taip apa, tak terkata oleh kata-kata ha sampai gitu sekali punya aku taksub dengan budak ni hahahaha.

Baru melihat dunia walaupun tak nampak lagi masa ni



Bakti:
Supaya dia berbakti pada ayahbondanya, pada agamanya, pada bangsanya, pada orang2 tua di kelilingnya.

Arjuna:
Supaya dia menjadi pahlawan yang menghormati wanitanya, agar dia menjadi pemberani yang menegakkan apa yang haknya.

Fitri: 
Kerana fitrah perkataan fitri itu sendiri-- 'seorang anak yang suci'. supaya dia menjadi hakikat tujuan dikirim ke dunia ini.

Itulah makna nama anak si akak Fynn Jamal tu. Mendalam sungguh makna namanya. Orang sekarang bagi nama nak sodap je, makno eh ontah apo...  Apa? Tak kenal Fynn Jamal? haiyayayayaya. Apalah korang ni semuanya tak kenal, Neolopah kenal? Kenal pulak korangkan... Meh nak imbau sikit kenangan lama mengusik jiwa gitu... Cer dengar lagu ni mesti korang ingat punya.



Ha ingat tak? Dah ingat baguslah tak payah aku nak cerita panjang lebar. Ekceli aku pun tak kenal dia, dia pun tak kenal aku, haha lawak 2010 booooo. Betullah aku pun tau pasal kak Fynn ni, masa lagu 150 juta meletoppppss letoppsss dulu, time tu lah aku tau kehadiran kak Fynn ni. Suara dia aku suka, serak-serak gitu, eh yeke. Entahlah janji aku suka. Aku syak si Arjuna nanti menurun ikut perangai kak Fynn ni hehehe takpe Juna janji awak awseemm..heee

Tadi tu aku uplod gambar masa Juna baru lahir, ni aku nak tunjuk kat korang yang dah besar sikit, yang dah becok sikit, dan dah pandai nak petik-petik gitar pulak. Itu aku kata menurun dari mak dia hehehe. Jom cekedouttt..


Janji rowkkkk yeahhhh yeaahhh










kau tengok mata dia kau tengok kau tengok ggggrrrrrrr







 
orang bujang lah katakan....mesti menyemart






150 juta kalii oooo



kau tengok lagi kau tengok uuuwaaaaaaaaaa





rokok pilihan Juna adalah jari kemari ayahanda dan bondanya









alahaiiiii kalau dah remaja belia ni, anak dara terpegun dan terpikat!!



Kak Fynn ni memang jiwa seni beteiii, dia siap buat lagu lagi tau untuk anak dia. Aku dengar rasa sebak sumpah sebak mendalam sangat maksudnya. Bagi akulah, aku kan minah sensisitip engkorang entahlah..
  


                                       



Arjuna Beta


verse 1

tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular--
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata--
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa



Semua gambar-gambar ni aku copy dari page kak Fynn Jamal tu. Maaf kak tercuri hehehehe, so kengkorang nak tahu lebih lanjut pasal pakwe i ni si Arjuna cute miut ni boleh lah tengok kat sini... kak Fynn Jamal 




Salam & selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, kekasih Allah S.W.T. Salam maulidur rasul yang ke 1434 H/2013 M 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...