Bukak Aib Kawan

Maksud aib menurut kamus pelajar edisi kedua ialah hina atau malu oleh sebab sesuatu perbuatan yg tidak sopan dsb: memberi ~ memalukan. 2 kesalahan; cacat: Jika ada ~ dan bebalnya, maafkanlah saja. mengaibkan menjatuhkan maruah seseorang; mendatangkan aib kpd; memalukan. keaiban sesuatu yg mengaibkan (memalukan); cela; noda. (copy & paste) 

Aku bukan nak ulas pasal artis yang sekarang tengah hangat diperkatakan. Itu banyak dah budak-budak twitter dan FB ulas korang boleh tengok sendiri. Ini aku nak cerita pasal kawan-kawan kita or maybe kawan-kawan aku. Atau korang pernah tengok sendiri yang bukan kawan korang. Manusia ni macam-macam perangai, orang kabo ijazah paling berharga kat dunia ni ijazah pengalaman. Semakin lama engko menjelajah semakin umpphhh pengalaman engko.Tetiba menyimpang kan.

Cerita dia lebih kurang macam ni, kau ada housemate dan housemate kau kenal kawan-kawan kau jugak. Biasalah bila dah duduk serumah kau kenal lah baik buruk kawan serumah kau tu. Dari segi dia ni pembersih ke tidak, jenis bersosial ke, jenis penyibuk hal housemate yang lain ke, jenis suka ambil barang kawan tanpa mintak izin ke, eh macam-macam lagi lah. Kalau siapa pernah menyewa mungkin paham apa yang aku nak sampaikan.

Satu hari tu, kau melepak dengan kawan-kawan kau macam-macam lah borak dari hal negara sampai ke hal artis sampailah pasal jiran kat kampung kau. Cerita punya cerita terrrcerita pasal hal housemate kau. Kau pun pung pang pung pang cerita. Kau pulak jenis pandai bercerita pandai mencuit hati rakan-rakan kau, berdekah lah member-member lain cerita pasal housmate kau tu. Nak dijadikan cerita lagi sedap orang yang umpat tu datang melepak se-table dengan kau.

"eh betol ke kau ni tak pandai masak, buat cekodok pun tak reti eh"

maka bergemalah hilai tawa puntianak-puntianak tersebut.

Aku perati je member tu, merah padam muka dia senyum tak masam pun tak. Sumpah aku tengok muka dia kesian sangat-sangat. Aku pun menyampuk lah "alah lama-lama pandai lah mana ada manusia keluar je dari perut terus cekap memasak". Member tu pun senyum sinis je kat aku. Dalam hati dia Allah je tau perasaan dia macam mana. Aku paham perasaan dia, sebab aku pun pernah kena macam tu jugak tapi situasi aku berbeza sikit, yang gelakkan aku tu orang-orang tua "apo daro tak roti masak buek malu yo" Senyum kelat lagi kelat budak yang aku cerita tu. 

Aku pun tak paham hina sangat ke orang perempuan tak pandai masak. Tak pandai masak tak bermakna tak reti bezakan halia dengan lengkuas. Mungkin dia sedang belajar perlahan-lahan pasal masakan. Mak aku pun cakap dulu masa bujang tak pandai jugak masak, lama-lama cekap dah bila dah selalu masak. Situasi ni pengalamn aku sendiri benda yang aku nampak depan mata. Tak seronok jadikan keburukan orang lain untuk bahan  jenaka. Paham? Orang yang bercerita kemain lantang suara, orang yang terkena ni? 

Nowadays aku tengok bentuk fizikal, warna kulit, keburukan orang sering dijadikan bahan jenaka, best sangat ke? Tetapi, bahan-bahan jenaka seperti yang aku cakap tu valid untuk kawan-kawan kau yang betol-betol rapat je. Sebab kita dah tau perangai dia macam mana setakat kau kenal dia suam-suam je tak payah lah kau berseloroh sampai tahap menghina kawan tu. Aku pun sedang meneliti salah aku, mungkin aku ada buat orang macam tu dulu so kena balik kat kau. Padan muka aku mendongak sangat ke langit.

Takde yang sempurna kat dunia ni, kita cuba perbaiki diri. Memang aku mengaku aku banyak sangat buat silap, dan mungkin juga aku banyak menyakiti hati orang tanpa aku sedar. Pengajaran untuk aku dan untuk semua sekali yang baca ni jangan sesekali mengaibkan kawan-kawan kita untuk dijadikan bahan jenaka, NO. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...