Bas lima-lima

Macam biasa tiap kali nak pergi kelas, mesti naik bas. Aku terlampau sayang lemak-lemak yang ada kat badan ni. Kau ingat senang ke dia nak membiak dengan jayanya susah beb susah. Jalan kaki adalah pilihan paling paling paling last. Awal pagi memang cun lah aku, mekap tak pudar lagi, bibir merah mak ngah, mak ngah pun bibir gelap je, yelah dah tua. Bulu mata nak lawan cik ta *tangan ke bahu, mata juling*. Jalan mesti compiden, pagi-pagi memang semangat baq hang nak p kelas. Sampai kelas dok huwa huwa menguap macam anak badak, punya lebar mulut. Mekap tak kepadan ayu, bab menguap kansell terus jadi menantu.

Hari-hari macam tulah, pagi berebut-rebut naik bas. Ayu tak ayu rebut naik bas tetap. Peduli lah pakwe-pakwe pandang. Tapi satu hari tu, pagi yang lain macam sikit. Haih saat dan tika aku menaip ni, aku menyengih sendirian dan hati berdebar-debar. Nak cite kat engkorang punya pasal, jiwa ni lain macam pulak. Pagi tu seperti biasa, naik bas pagi. Aku kalau ade kelas pukul 8, jangan harap lah dapat naik bas time 7.30 macam tu. Takkan dapat der penuh dengan berebut-rebut. Aku tak nak tanggung risiko tudung aku herot berot aku naik bas pukul 7.55. Engkorang bayangkan pukul berapa sampai kelas.

Satu hari tu, lagi sekali satu hari, aku naik bas macam biasa, waktu yang sama. Lengang time tu. Aku lah manusia yang paling bahagia saat tu. Langkah je kaki naik tangga bas, jantung aku berdegup kencang, kemain kencang. Then pandang driver bas, dia senyum, aku terkejut, aku pun senyumlah. Dalam hati ok boleh tahan gagagagagaga. Aku paling suka naik bas duduk sebelah cermin, suka melihat pemandangan. Walaupun pemandangan yang sama, selama 4 tahun ni, sedikit pun tak berubah. Entah memang suka pilih seat sebelah cermin.

Bila dah duduk tu, aku terpikir, eh mamat tu senyum kat aku lah, pelik. Ikutkan tak ada apa pun aku nak pelik. Tapi bagi aku pelik. Lepas dari tu, aku asyik dapat bas dia je. Bas 55 waktu yang sama. Aku pun berkata adakah ini dinamakan chenta. KAHKAHKAHKAH. Macam bangang jugak aku terpengaruh drama-drama Melayu yang picisan. Setiap hari jumpa, setiap hari jugak lah senyum. Agak-agak engkorang lah, dapat teka tak apa perasaan aku time tu. Dalam hati ada legoland kemain meriah. Nak pergi kelas pun bapaklah semangat. Semangat nak naik bas.

Aku bapaklah gatal kan. Bila dah setiap hari berbalas senyuman, maka dengan itu aku duduk seat yang paling depan, belakang driver. Super duper gatal kuasa empatblas. Time tu lagilah bermain mata, bila bermain mata ermmm paham-pahamlah. Caiittt kami tak bermain lain ok. Kisah kami ni uniq sama uniq dengan bas, bas pun nama uniq liner. Kami tak bertukar-tukar no phone pun. Apetah lagi bercakap. Gila tak uniq. Sekadar membalas senyuman dan bermain mata sahaja. Aku pun tunggu jugak bila dia nak lamar bagi no phone dia kan. Yang hado.

Bila dah nak dekat-dekat hujung sem tu, aku jarang dah dapat naik bas dia. Aku pun tak tau kenapa, selalu dapat naik bas orang lain. Tercari-cari jugak mana pergi dia eh. One day, member aku bagi tau, ada nampak dia makan dengan sorang pempuan kat cafe. Wuuuu time tu hancur gila hati aku. Tapi takdelah sampai nangis-nangis. Kecewa sedikit. Ada sekali tu dapat jugak naik bas dia, akhirnya. Tapi aku rasa pelik, dia pandang aku, then dia berpaling langsung tak senyum macam biasa. Kecewa time tu. Lepas dari tu, kalau dapat naik bas dia, aku tak senyum then aku tak pandang langsung muka dia. Terus menonong naik.

Sampailah hujung sem. Bila dah selalu buat macam tu rasa nyesal pulak. Then ada terbit sikit rasa rindu. Aku pikir ah mungkin dia dah ada makwe tak pun bini. Muka macam tu takkan takde awek ye dak. Bila bukak sem baru, aku tengok semua driver bas dah berubah termasuk bas jugak dah lain. Bas 55 dah tak lalu laluan B. Sedih, ingat dapat jumpa lagi. Sampailah sekarang aku tak dapat jumpa dia langsung, apetah lagi bermain mata macam selalu. Huhuhu bila ingat balik macam lawak aku ni, bangang sikit pun ada. Kenangan yang lepas tak payah nak ungkit, sekadar bercerita. Jauh dari sudut hati aku harap dapat lah jumpa sekali. Tinggal 3 bulan je lagi aku kat sini. Takpe aku doa dia baik-baik sahaja.



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...