Tudungkah??

Sekarang semua nak moden, pakaian, telefon, kereta, rumah, perkakas rumah, TUDUNG pun nak moden jugeekk.. Tapi tulah makin lama makin jelek pulak aku tengok perubahan tudung ni. Terlampau sangat ikut perubahan masa, tudung pun dah macam pokok krimas, warna-warni di aidilfitri. Dah tak sedap mata memandang dah, tak ngumpat kat mulut, ngumpat kat dalam hati, aku lah bukan korang. Elok tu memang elok, tudung di gayakan dengan pelbagai cara nak tarik wanita islam pakai tudung tapi tulah erm tulah... Nanti ada lah suara sumbang sumbing kata:

"alah dari tak pakai tudung langsung"

"dari kau pakai tudung elok litup, mulut macam longkang"

"kau bukan tuhan nak nilai dosa pahala orang"

"kau pakai tudung, tapi mengumpat orang, sama je perangai kau"

Astagfirullahalazim....mengucap banyak-banyak ye...bukan nak memperlekehkan wanita pakai tudung ni, aku pun wanita pakai tudung jugak, tak lah sempurna mana tudung aku pun. Tapi yang aku nak cakap ni wanita sekarang mangsa fesyen tudung. Serious macam pelik sangat dah tudung yang ada kat pasaran ni. Warna terang-terang lepas tu berlapis-lapis haiyaaakkk sumpah pelik... Bagi akulah, yelah lain orang lain pendapat ye dak? Tolong jangan pukul saya =(

Takpe ni pendapat aku..jangan marah, as long as korang pakai tudung alhamdulillah... Aku punya cita rasa ialah tudung bawal selamanya selamanya ulelelelele. Aku kalau pakai tudung yang awning tu kan macam mak-mak orang kalau bahasa kasar bak kata kawan aku macam janda anak 5 --" very de kuang hajo punya kawan. Tapi aku tengok orang lain pakai tudung apa je cantik ermmm. Ok ayat aku tadi ditujukan khas wanita yang cantik kulit licin bak bidadari kayangan badan ala-ala rozita che wan. Orang cantik weh kau pakai tudung saji pun cantik tahu? #Eh


kalau aku jumpa orang Malaysia pakai "TUDUNG" cengini izinkan aku sekeh 347.6 setengah kali.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...