Syukur

Bila mana kau berusaha bersungguh-sungguh mahu pun ala kadar, bila kau dapat keputusan yang agak baik kau rasa puas sangat. Tapi puas bila kau bersungguh-sungguh lah. Ye itu yang aku rasa sekarang. Ada jugak yang tak bersungguh tu, tapi aku dah agak dah, jauh di sudut hati terilan jugak rasa macam dapat ok lagi. Entah mana silapnya, yang tak bersungguh pulak yang dapat baik...

Apa yang aku bebelkan ni keputusan exam aku untuk sem lepas punya. Hari rabu hari tu result exam keluar. Sama macam jantung aku jugak nak terkeluar. Nak ikutkan sem lepas lah sem yang paling aku sibuk, dengan thesis.. dengan bisnes, so aku dapat simpulkan, bila kau sibuk, kau akan lebih bijak bahagikan masa errmmmm. Tapi aku bersyukur ke hadrat mu ya Allah.. syukur alhamdulilah setiap usaha yang kita lakukan pasti ada hasilnya kan? Ermmmm ade sedikit terkilan entah, lecturer nya ke atau aku? Aku agaknya... tak baca betul-betul soalan.


Peningkatan tu ada bangga dengan diri sendiri *tepuk bahu sendiri*. Hujung-hujung sem baru nak sedar. Rasa menyesal jugak, tapi tak guna dah, memang tak berguna langsung. Sekurang-kurangnya aku sedar ye dak, dari tak sedar langsung. Bila dah dapat result yang agak baik, jiwa batin aku ni meronta-ronta menjerit-jerit naakkk lagi dapat yang lebih bari dari yang sekarang ni.

Tamak? Tidak... bukan begitu. Ini untuk diri sendiri, mak ayah, keluarga dan juga masa depan. Jauh sekali nak bersikap tamak, untuk apa tamak. Tapi... ok jugak tu tamak, lagi berkobar-kobar nak dapat lagi bagus kan? Seriously aku betul-betul rasa puas dengan usaha yang aku lakukan. Haha!! Sebenarnya aku boleh.. aku je pemalas nauzubillahhhh. So Miss S sebenarnya engkau boleh, well done Miss S..well done.. keep it up for the last semesterrrr!!!

Perjuangan belum selesaaiii

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...