Hati

Cakap pasal hati je mesti LOVE *buat love dengan tangan* . Tak semestinya, cuba korang koyak kulit badan korang tu, cer tengok ada love tak? takde kan kan kan.. Sebabnya love cinta, heart jantung, hati? Hatiii ini hancur dan luluh kerana muuuuu, lagu Ella, eh tetiba kan









Gambar yang kat atas ni hati sebenar kita takde pun bentuk love love tu..erm erm erm..




Sebenarnya aku bukan nak berdebat, berbahas, berpantun, bersajak mahupun bersyair pasal bentuk hati segala ni, ada yang lebih penting aku nak berbicara. Hamboii skema nye ayat gua...Aku nak korang selesaikan masalah matematik kat bawah ni ok? Siapa dapat selesai aku bagi hadiah




  

              +




JAWAPAN = _____________________




Ah lambat lah korang ni bagi jawapan. Jawapannya ialah aku sentap hati terobek-robek. Aku ni kan manusia biasa. Aku tak mampu nak jaga semua perasaan orang paham? Kau cuba fikir, setiap manusia ada hati 1 bijik jek, tapi tak tau lah korang ade 10 pulak hati kan. Dah tu ada 1 je hati nak bagi beribu-ribu orang yang kau kawan. Maksudnya kau nak kena bagi sikit hati kau tu kat kawan-kawan kau termasuk dengan perasaan kau sekali, kan tak ke nazak tu...Macam aku bunuh diri sendiri, takpe lah kawan punya pasal ye dak?

Kadang-kadang aku tak tahu mana silapnya, tiba-tiba terserempak kat tepi jalan, aku kemain senyum ala-ala Miss Universe, alih-alih dia tak pandang aku langsung. what the.....jsdnjeddc. Weiii apa salah aku ha, apa salah aku *cocok mata dengan garfu*. Itulah dinamakan manusia. Kalaulah aku saintis yang arif lagi bijaksanasinisitu aku cipta diri aku sendiri buat dalam seribu. Hah amik aku sorang satu, aku sedekah je kat korang.

Aku tak faham dengan perangai manusia..aku cuba cuba dan cuba menjadi manusia yang adil tak nak sakitkan hati sesiapa tapi aku manusia yang lemah lagi hina, aku tak sempurna weii... *tahan sebak*. Dari dulu sampai sekarang, mesti jadi hal yang sama..sek rendah..sek menengah..dah masuk U pun sama jugak...aku sedih weh sedih paham tak..korang akan bagi dialog yang sama "sabarlah..tahan jelah..." errmmm. Aku cermin jugak diri sendiri, teruk sangat ke aku sampai orang buat aku macam ni..

Aku ni tak ada apa weh...pandai x pun..cantik alhamdulilah sempurna Allah bagi..kaya? Keluarga yang sederhana, tak kaya tak miskin..berlagak? Jauh sekali...aku selalu bertanya dengan orang, sebab aku ni tak pandai, kena belajar pandai.. Apa lagi apa lagi yang tak puas hati... Aku mintak maaf sangat kalau ada sakitkan hati sesiapa..niat aku nak berkawan bukan nak cari lawan





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...