Prince Charming

Hai assalamualaikum..apa khabar, sihat kah semua...hehehe alhamdulillah.. Rasa macam rancangan kanak-kanak pun hado..hahaha lantakklahhh. Ok aku rasa tajuk entry aku rasa habis deboommm dah, memang dah gempak habis dah baq hangg.... Ini impian wanita seluruh dunia kata projek pistol. Yes aku wanita.. (kejap aku kejap Miss S) gagagaga entry pasal diri sendiri kena 'aku' baru feeling..ni nak feeling dok miss s miss s deeerrrrr...its faiilllll. Bila kita cakap prince charming mesti kita bayangkan, ermmmm ermmmmm *gambar awan kat atas kepala sambil pandang ke atas* <----- hahaha cerita komik sangatkan.

Ok tak tahu nak cerita kat mana, aku rasa kat sini je aku mampu luah, tapi kan tak sama tau kita luah secara reality atau lebih tepat kita bercakap dengan seseorang apa yang kita rasa patut cerita. Korang nak tau prince charming yang aku nak?? jenggg jenggg jengggg. Sudah semestinya kaya..hensem kacak maskulin kata kau, romentik bagi bunga segale..arrghhhhhhhhh klise sangat wehh benda semua jadah tu...ingat cerita cerekarama ke, sinetron? orang susah tak kaya..dapat pakwe karya..mana ade weehhhh tu semua drama jek. Kalau korang nak sangat jadilah pelakon, tapi make sure kau tu chantek, kalau tak, tak laku..iyeeee aku tak bohong laaa..susah pelakon yang tak chantek nak naik nama..pluss kau boleh pakai baju koyak sana, koyak sini lah gagagagagagagaga yesss itu kenyataan yang benar, bukan auta ok....!!

Habaq kat chek sapa tau mau yang macam tu ye dak? Berpijak di bumi yang nyata, jangan terpengaruh sangat lah dengan tv tu. Depa semua nak cari profit..hangpa semua lah profit depa..(wah ber-kedah pulak kan) Eh macam politik pulak aku kan..undi lah Miss S harharharharhar. Hah impian suami aku, nak tahu? Bajet kau retis je kan...so whattt *muka angkuh* eh takdelah gurau jah...Impian aku ialah aku nak macam ayah aku hahaha.. Kalau boleh sejibik perangai macam ayah.. Hah lantak kau lah tak kawen lah kau sampai tua..hehehe. Maksud aku macam ni, aku nak suami aku tu pandai betol kan mentol..kalau mentol rosak..ala..macam lampu kalimantang tu, eh mentol ke lampu? ahh ghasakkkk...so..tak kan la benda kecik cam tu nak panggil abang elektrik betolkan ye dak. Kalau setakat hal2 elektrik ni dia takde masalah lah nak betolkan sendiri..Pokok pangkalnya..hal2 kecik yang dalam rumah dia boleh setel, kalau paip pecah ke, dia boleh tukar, nak letak gambar kat dinding ke dia boleh driilll, ha macam tu. heeeee PEACEEE!!

Ok next, boleh memasak..nanti aku bersalin..siapa nak jaga dia, kalau tak diri sendiri..so sepeningalan aku kat rumah mak, dia yang kat rumah boleh la masak sikit..tak pun untuk aku jugak kan..(so sweettt) hahahaha. Yela aku kan cuti 3 bulan..tak kan lah suami nak cuti 3 bulan jugak, baik berenti kan, kalau keja sendiri lain lah. Eh kalau keja sendiri pun boleh bankrap cuti 3 bulan kaauuuu. Secara jujurnyalah aku takdelah terer mak eror memasak ni but...aku berusaha jugak nak yang terbaik untuk suami aku *kekening*.  Kalau aku bayangkan dan verangan nak macam aaron aziz eh tidaakkk lerr, siapa tak nak.. Bagi aku setakat tulah yang aku nak..tak mengaharap merak di kayangan.. Aku selalu tertanya-tanya siapa eh suami aku..macam mana lah nanti selepas berumah tangga hahahahaha

Yang ni aku rasa paling mustahak jugak. Aku nak dia membebel kat aku, kalau aku lewat solat..dia akan potpetpotpet suh solat cepat. Bila dah masuk waktu dia akan cakap "jom sayang kita berjemaah sesame" aku akan cakap dengan cepat "ok, jom!"  Dia akan bangun awal pagi dulu dari aku dan kejutkan aku..then dia cakap "sayang dah pagi solat" aku akan kesat2 mata..then aku senyum...Dia ajar aku mandi wajib yang betol..akan peringatkan aku tentang hal-hal agama. Akan tegur aku kalau aku ada salah silap, akan memberhentikan percakapan aku bila memperkatakan hal tak baik tentang orang lain..dan.....dan dalam solat berdoa agar perkahwinan ini sampai ke syurga...itu yang aku inginkan... *kesat air mata*

Dia boleh jaga aku..susah senang bersama...dia bertanggungjawab..sanggup melakukan apa sahaja..insyaallah...aku berikan sepenuh jiwa raga aku kepada dia..yaa..yang halal buatku.."aku terima nikahnya .............." sahh...... Itulah suami ku hingga akhir hayat aku...



*ni entry gegedik maaf kalau meluat..*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...