Aku Tak Pandai

Aku dari kecik sampai lah besar maksud aku sampai aku habis belajar, aku tak suka orang tanya result aku.

"dapat nombor berapa?"

"ada berapa A?"

"pekse dapat no berapa?"

"UPSR dapat berapa A? PMR dapat berapa? SPM dapat berapa A?"

"Pointer berapa? Mesti dekan setiap sem"

Seriously aku memang tak suka orang tanya soalan ni. Aku rasa soalan yang menjengkelkan aku. SANGAT-SANGAT. Dulu aku rasa macam ermmm rendah diri jugak, yelah tak pandai macam anak orang lain. Ada tu siap membandingkan pulak.

"Anak cikgu takkan tak pandai?"

Ye anak cikgu pun manusia biasa jugak, Mentaliti orang anak cikgu hebat, gah, pandai and so on. Aku sampai tahap tak sabarnya nak habis sekolah, tak nak sekolah dah. Aku rimas orang tanya soalan-soalan tu. Boleh kata aku BENCI orang tanya soalan tu.

Lepas habis SPM ingat tak payah sekolah dah. Wah happy sesangat weh tak payah pakai baju sekolah semua. Sekali ayah aku suruh masuk form 6. Nangis-nangis suruh masuk form 6. Memang lah aku menentang, sebab aku dah ada macam-macam plan. Dah nama ayah, sebagai anak memang tak boleh kata NO lah kan.

Aku akur masuk lah form 6. Benci tak benci habis jugak lah aku sekolah form 6 tu. Macam wahhh aku ada sijil STPM lah. Paling dasyat sekali.. aku lulus semua mata pelajaran, sebabnya masa paper pengajian am aku rasa aku gagal paper tu. Maknanya kalau aku gagal paper tu aku tak dapat sijil SPTM. So, sesia lah aku sekolah setahun setengah tu.

Bila dah habis sekolah form 6 orang tak tanya result aku, sebab tak ramai orang masuk STPM ni. Kebanyakan baya-baya aku sambung politeknik atau masuk matrik. So, yang masuk form 6 ni orang kata sebilangan kecil je lah. Orang tanya aku jawap semua lulus, wehooooo. Time ni bangga sikit ah orang tanya kat aku. *senyum lebau*

Bila rasa diri ni macam tak layak masuk universiti. Aku pun gigih lah cari kerja, tak kisah ah kerja apa janji kerja. Tapi dalam masa yang sama aku isi jugak borang UPU online tu, kononya mana tau ada rezeki sambung belajar. Kesedaran ni timbul masa form dulu, habis STPM aku nak masuk universiti.

Lepas STPM dulu aku kerja cashier je dekat dengan rumah aku. Masa tu kerja cashier pun aku dah rasa bangga habis. Yelah konon aku dah besar, dah boleh cari duit sendiri. Walaupun masa tu ayah aku tak setuju kerja. Entah lah apa dia pikir masa tu. Mungkin dia tak percaya anak dia dah besar, boleh berdikari.

Setiap bapa especially anak perempuan mahukan yang terbaik dalam hidupnya. Siapa nak anak dia tiada masa depan yang cerah. Aku tahu dibelakang aku ada doa dan harapan yang tinggi untuk aku.
Pung pang pung pang 5 bulan lebih aku kerja sebagai cashier. Ada satu hari tu kengkawan sibuk check online dapat U mana. Masa tu aku sibuk nau kerja, kerja shift ni masa dia terhad. Balik malam dah penat terus tido.

Aku pun yelah nanti aku tengok. Tak silap aku lepas aku balik kerja petang masa tu, aku terus on PC ayah aku check online aku dapat U mana. Dia punya debar tu nak tercabut jantung wehhh. Sekaliii zaaaassssssssssss...

"Tahniah anda mendapat tawaran ke Universiti Utara Malaysia"

Aku terus terjelopok ke lantai. Allah je tahu perasaan masa tu. Sumpah demi Allah kaki tangan terus gigil. Masa tu ayah aku oustation so aku call dia. Masa tu aku dah nangis-nangis tak mampu nak cakap. Suara ayah aku macam panik gila dia tanya aku kenapa. Then, aku cakap

"ayah orang dapat masuk universiti"

Suara ayah aku sebak, aku tahu suara ayah berubah.. Then dia cakap

"congratulations...good girl..tahniah anak ayah"

Dipendekkan cerita 4 tahun kemudian, aku konvo. Macam tak percaya woi aku ada ijazah hahaha bangga sangat bangga. Akhirnya ada sesuatu yang boleh buat ayah dan mak aku tersenyum dengan pencapaian aku.. Allah sebak... Sebaik aku keluar dewan aku tercari-cari mana lah ayah aku ni. Bila dah nampak aku terus lah serbu salam keluarga aku, last sekali baru salam ayah aku.

Kau tahu dia peluk aku  lama sangat. Itu lah kali pertama dia peluk aku lama sangat... dia nangis..aku pun nangis... He said

"congratulations.. tahniah anak ayah"

Cerita ni sebenarnya 3 4 tahun dulu... aku sambil taip ni pun nangis-nangis tak berenti ingat balik setiap detik indah aku.. Siapa pun kau tinggi mana pun kau, kau jangan lupa siapa di belakang kau. Biarlah orang kata apa pun pasal kau. Kau tak pandai ke, kau kerja biasa ke, lantak dia lah. Aku bangga ada ayah macam aku, tak pernah bandingkan aku dengan orang lain, tak pernah putus bagi semangat.

Orang sayang sangat dengan ayah...





1 comment:

  1. saya pun sayang awak jugak.. hihi... rindu awak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...