Perjuangan di menara gading

Fuuhhhh tajuk tak nak mengalahkan. Perjuangan aku di universiti ini hampir ke penghujung walaupun tak hujung mana lagi, dah habis praktikal barulah hujung. Debar sangat-sangat nak masuk alam pekerjaan ni. 4 tahun alam 'persekolahan' dah tiba masanya mempraktikalkan apa yang telah belajar di sekolah. Walaupun tinggal beberapa bulan lagi, sebak, hiba dah mula terasa. Sumpah sayu gila nak tinggal kan u ni. 

Erti persahabatan kat sini memberi aku semangat untuk teruskan perjuangan. Kalau kau nak tau erti kawan tu, cuba dia hidup susah senang dengan kau, kalau sentiasa ada tu, tak payah ragu nak buat kawan sampai mati. Betol aku cakap ni tak tipu. Dekat u ni kalau kau pandai cari kawan, insyaallah kesusahan kau akan menjadi kesenangan kat kau, sebab kawan-kawan sentiasa ada bantu kau. Itu yang paling manis buat aku. Tak payah ramai sorang dua dah cukup.

So, setiap hari aku tengok kalendar, menghitung hari bila exam final. Takut jugak tak dapat buat yang terbaik. Aku nak yang lagi baik dari sem lepas insyaallah aku kena berusaha lebih lah kan. Cakap saja tarak guna maaa. Dah hujung betol baru aku luah segala-galanya ni pre-hujung eh boleh pulak kan hahahaha. So wish me luck =)


3 comments:

  1. best of luck to you.... walau apa jua urusan semoga dipermudahkan olehNya...Amin

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan segalanya.. dan beroleh kejayaan dunia akhirat.. =)

    terim kasih follow.. =)

    ReplyDelete
  3. salam, wish u all the best ahead!..done followed u, do visit my blog skasstory.blogspot.com =)..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...