Kegembiraan

Rasa gembira tu datang dengan tiba-tiba..kau tak mengharap pun padehal kau memang mengharap tapi masalahnya tak disangka. Ayat macam kelly Eng sangat kan. Lama jugak lah tak rasa perasaan gembira tu hadir dalam hidup kau. Menyengih je tiap masa, mengharap impian menjadi kenyataan. Kau tau apa perasaan bila impian kau hampir terlaksana, teruja bukan? Macam tulah rasanya

Menunggu setiap hari di susur masa, kadang-kadang macam orang gila pun ye, bodoh pun ye. Yelah nak gembira tu kasi tak nak habis, sudah tentu sanggup tunggu. Selalunya tunggu punya tunggu membuahkan hasil ye sangat membuahkan hasil, sengihnya sampai ke mimpi, susah nak gambarkan betapa seronoknya.

Satu hari tu, perkara yang paling di nanti-nanti. Terlalu sangat sangat sangat teruja baq hang. Aku menjerit kegembiraan, sampai sejuk-sejuk tangan aku, debar gila. Aku pun dengan suka gembira yng terlampau aku pun bagilah....bagi apa? Bagi no fon...selepas itu..aku tunggu mesej takde pun, call apetah lagi..semangat dah runtuh sekelip mata, menangis pun ye

Lama kelamaan...gembira tu hilang sedikit demi sedikit...aku tak pasti sebab apa..padehal setiap hari aku menunggu..macam biasa, tak pernah lupa. Lepas tu hilang macam tu...tegur tak balas dah...sedih weh sedih.... Akhirnya dapat berita yang sangat menyedihkan, bukan kematian, boleh tahan hancur jugak lah perasaan ni.

Akhirnya dia bertunang dengan orang lain.. tak dapat disangkal sungguh jelita wanita itu. Aku akui macam langt dan bumi bila dibadingkan dengan aku. Aku mendoakan yang baik-baik saja. Walaupun hati ni pedih.. impian yang ku harapakan pecah dan seprihan-serpihan tersebut berlalu bersama angin.

Nampak tak bukan jodoh kau...aku je yang buta..terlalu mengharapkan impian jadi kenyataan hingga tak boleh terima kenyataan...






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...