Permainan Dunia Sekarang

Dunia sekarang makin lama makin canggih, tetapi manusia zaman sekarang makin lama makin menakutkan. Orang zaman sekarang tak boleh dipercayai, orang kata tengok muka dah tau perangai orang tu macam mana, eh sekarang tak boleh pakai tauk, ni muka je suci dalam debu hatiii haaa berkulat!! bercendawan!! berkarat!! hitaamm!! *urut dada* emosi pula, maafkan saya. Nama je Malaysia ni dah merdeka selama 55 tahun tapi..pemikiran segelintir rakyat Malaysia ni macam komunis tahuk, kejammm hati banyaakkk nokharoommm!!


Membunuh, merogol, merompak, buang bayi, bunuh bayi, bakar orang, ragut, culik dah macam aktiviti biasa pulak kat Malaysia ni, aku tertanya-tanya macam ni ke rakyat Malaysia, kejam sangat ke rakyat Malaysia ni? Saban hari kita dengar berita kat tv, dalam surat khabar kes-kes macam tu, ya Allah..kenapa kejam sangat manusia-manusia ni. Dieorang tak boleh fikir ke, kalau kena kat family sendiri. Sebak aku baca kes-kes macam ni, seolah-olah permainan harian. Apa dieorang rasa ye bila buat tu, puncanye dendam ke, sakit hati ke, cemburu ke.. *geleng kepala*



Ada juga yang aku dengar bukan rakyat Malaysia yang buat, tapi orang luar, orang asing. Uisshhh bila aku dengar macam tu, meluap-luap panas hati ni, dah la menumpang negara orang kau buat lak perangai syaitonirojim kau tu kat negara Malaysia. Inilah yang dinamakan orang tak sedar dek untung, tak sedar menumpang aku memang benci orang asing ni. Kalau kat pekan ke atau bandar muka-muka orang asing nilah bersepah, aku rimas betul, seriyus rimas. Kerana setitik orang asing, rosak semua orang asing hahaha sesuka hati jiran aku je buat peribahasa.

Wahai rakyat Malaysia moh la kita bersatu padu dalam menangani kes-kes jenayah ini (ada macam ahli politik tak?) hahahahahahaha. Kalau korang ada nampak macam mencurigakan ke, laporkan kepada pihak berkuasa, ni tak, tengok jek, boleh pulak kau wat dek kan, orang tu dah jerit-jerit mintak tolong, kesian beb, sebak aku tengok berita-berita jenayah ni. Aku fikir macam mana benda ni kalau jadi kat keluarga aku. Lebih-lebih lagi kes budak yang kena bunuh tu, woiiii kepala otak kau kat kaki ke apa, budak tau budakkk, apa dosa budak tu kat kau.. dah la kau rogol lepas tu bunuh..masyaallah...Aku selalu berdoa jauhkan lah perkara-perkara macam ni kat keluarga aku...Mari kita sama-sama sedekah kan Al-fatihah pada mangsa yang teraniaya ni.. Al-fatihah...moga syurga di tempatmu...aminnn

6 comments:

  1. Nabi penah pesan kt kita. akhir zaman nt masyarakat dunia akan kembali seperti masyarakat jahiliyah dulu. huhu. moga2 kita tak tergolong dlm kelompok mcm tu ..amiin

    ReplyDelete
  2. dunia duniaa... hidup didunia bnyak pancaroba kan...

    ReplyDelete
  3. manusia akhir zaman..

    *singgah + follow sini :))

    ReplyDelete
  4. alif - ya allah moga kita tidk tergolong dlm kelompok itu amin...

    kotak mancis - betol sangt banyak pancaroba..

    cerita nurmaslidakhalid - tq =)

    ReplyDelete
  5. yups
    dunia sekarang walau semakin moden tapi manusia pula semakin menuju ke arah kejahilan...
    memang menakutkan

    ReplyDelete
  6. betol tu hans nyawa sekrg macam dah x de harga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...