Kepanjangan Ketanganan

Panjang tangan ialah tangan yang panjang, ok salah. Panjang tangan ni maksudnya mencuri!!! Hoi aku geram betul dengan orang mencuri ni. Bukan takat panjang tangan, panjang kaki, panjang akal sekali. Panjang jari telunjuk takpe kau boleh selamatkan dunia *oh Digi*.  Engkau yang mencuri ni memang tak lama hidup ni, kalau aku dapatla arwah aku kejakan. Ganas? Maafla terbawa-bawa budaya barat..ni tv la ni. Kepada pencuri nak senang je hidupkan, pergilah kerja, boleh aman pulak kan hidup kau ambil barang orang, astagfirullahalazim insaf la anak oiii insaflah.

Tadi tengah borak-borak mak haji kat twitter tadi, ade kawan aku ni, punya kawan, motor dia hilang kena curi, hilang kat masjid lak tu. Orang yang mencuri ni hati dia dah hitam legam, no wonder kalau kat masjid tu pun boleh dia mencuri, tak takut Allah. Dekat rumah Allah pun boleh buat perkara terkutuk kat tempat lain apatah lagi kan. Bak kata kawan aku, kalau dah hati tu busuk tak kira bulan ramadhan ke, rejab ke syaban ke nak mencuri, mencuri jugak.

Teringat pulak kisah senior aku hilang motor kat UUM bulan puasa jugak. Member aku ni perempuan, tapi pakai motor yang selalu lelaki guna motor RXZ. Satu UUM kenal dia famous tau, mana taknya dialah satu-satunya perempuan pakai motor tu kat UUM tu. Budak lelaki meleleh air liur tengok, motor idaman lelaki kan. Dia ada cakap, dia beli motor tu dengan hasil titik peluh dia sendiri. Paling menyedihkan motor tu dia baru beli kalau tak silap tak sampai setahun pun, orang kata tak habis guna lagilah motor tu, bila aku dapat call dari dia kata motor dia hilang mengigil badan aku. Memang kurang haja betol la mangkuk tu.


inilah motor dia, aku bagi nama gegurl dengan pemilik motor sekali

Mana pencuri-pencuri yang baca entry aku ni, insaflah kau tu tak lama dah hidup, pulangkan balik barang-barang yang kau dah ambil tu. Itu hak dia..tak baik ambil hak orang tahu. Meh aku nak azan kan kat telinga engkau ni, supaya mengelupur syaitonirojim dalam badan kau tu.Tiada yang mudah dalam hidup ni, nak tak nak kau kena usaha. Lainlah kau tu anak orang kaya, petik je jari, berlari-lari benda yang kau nak tu datang. Orang susah tak susah, senang tak senang macam aku ni, kena berusahalah. Sesungguhnya yang halal itu lebih diberkati...

Bak kata abam matlutfi.......

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
curi apa-apa pun haghaammm ye adik-adik melainkan curi..... =)





5 comments:

  1. kesiannye..
    kejam betul laa si pencurik tuu!!
    tgn terlampau pnjg lew tuuu...huhu

    ReplyDelete
  2. sangat pnjg efa, geram yg teramat hu3

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, Abe dah singgah & pollow sini dah dari www.queachmad.com... Jangan lupa singgah lagi ye ke Blog Abe :)

    Terima kasih, Jasamu Dikenang :)

    ReplyDelete
  4. paham perasaan orang kena curi motor..sbb aku pernah kena..satu kawasan dun inderapura aku cari..tapi xdapat..dah nasib badan..sila dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...