Sepanjang 2011

Assalamualaikum semua...beberape jam sahaja lagi 2011 bakal melabuhkan tirai..so kawan-kawan blog saya..azam anda sudah tercapai? Belum? Takpe insyaallah kalau umur panjang boleh lagi kejar azam tu kan. Azam aku? Biarlah rahsia...Aku tak tahu aku gembira ke sedih ke, 2011 bakal berakhir..

Macam-macam aku lalui sepanjang 2011 ni, pembuka tirai 2011 dah start part sedih sampai lah hujung 2011 ni..Aku tahu aku insan yang terplih oleh ALLAH untuk diberi dugaan. ALLAH bagi dugaan tersebut Dia percaya aku mampu harungi dugaan tu. Aku percaya Dia dah sediakan yang terbaik untuk aku, tapi simpan dahulu untuk menguji aku.

Bila difikirkan balik, macam tak percaya aku boleh hadapi, YA aku boleh harungi apa sahaja keadaan yang Tuhan berikan Alhamdulilah walaupun perit. Aku tak salahkan Tuhan memberi dugaan yang berat, malah aku bersyukur kerana Dia membuatkan aku kuat, malah lebih tabah. Aku selalu bercakap dengan diri sendiri " kalau kau rasa dugaan kau ni lagi berat, ada orang lain yang lebih teruk dari kau". Kalau hidup ni selalu gembira..kau tak normal lah tu, ada masalah mental disorder.

Aku tak kata sepanjang 2011 ni, semuanya sedih, ada juga terselit pelangi dan matahari yang cantik, hingga sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Memori yang sangat indah itu, aku simpan hingga akhir hayat aku. Itu saja harta yang paling beharga yang aku ada sekarang, memori... Aku tak minta handphone yang mahal, pakaian berjenama..cukup sekadar memori yang indah, apa guna harta yang mampu dibeli dengan wang sedangkan ia akan dibuang juga. Betul?

Memori yang indah atau pahit walau macam mana pun ia takkan hilang sampai akhir hayat kau. Sebab tu aku suka memori, kenangan dan peristiwa...Alhamdullilah saat-saat penghujung 2011 ALLAH bagi aku sinaran yang sangat bersinar..Sedih sebenarnya sebab sekajap je dapat..tapi sekurang-kurangnya ALLAH bagi kan..syukur sangat-sangat.Apa yang boleh saya katakan ialah..SELAMAT TINGGAL 2011..SELAMAT DATANG 2012..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...