Blog pilihan Semundra

Hai salam Jumaat semua..apa khbar sihat? Alhamdulilah moga sihat selalu hendaknya. Ok topik kali ni Semundra nak cerita ialah blog pilihan Semundra lah, tak nampak tajuk entry tu LOL. Gurau aje, ehh emo lah korang ni.

Semundra selalu stalk blog mereka-mereka ini, tak pernah terlepas untuk baca lah kalau mereka up entry baru. Ada banyak sebenarnya sampai tak larat nak baca. Aku ni baca blog rajin, cuba baca buku malas kemainnnn. Ala kauorang pun macam tu jugak kan..jangan nak tipulah hehehehe.

Antara blog pilihan Semundra ialah eh penat la nak taip Semundra aku bahasakan diri aku Miss S lah ye. Eh heelllooo miss lagi ok..Calon-calonnya ialah

1. Blog ni semestinya kaum-kaum hawa pasti menyukainya. Betul Miss S tak tipu punya, boleh dikatakan klinik Chenta lah macam-macam ada...sila kunjungi blog ini Khairul yang lain. Untuk minta nasihat ke, kauorang frustt sampai menonggeng ke..boleh la melawat ke blog tersebut

2. Next, tak payah nak kenal kan lagi lah kan, Miss S rasa yang mana blogger tegar tu mesti kenal blogger ni, kalau tak kenal jangan jadi blogger lah hahahaha. Bakal doktor yang cantik rupawan dan kami 1 nogori iaitu nogori nismilaannn siapa tak kenal Fatin Liyana, top searches 2011 tu..kau haddoooo?

3. Blog ni kalau kauorang nak baca kena serius, betul kena serius. Macam-macam ilmu kauorang dapat kalau baca blog ni. Memang membuka minda, bukan hal-hal kat Malaysia je dia cerita malah seantero dunia kauu, blog tersebut ialah Kena serius

4. Ni mana jemah-jemah yang suka bergosip, nak tahu kembang kuncup retiss (artis) kat Malaysia ni boleh lah layari blog ni Tentang bulan. Semua nya berada di hujung jari anda...wah gituu kan

5. Seterusssnyaa ialah blog ni tak pernah aku akan lepaskan setelah tuan tanah kedaung membuat entry baru. Sebab aku suka gila hasil karya beliau, dulu masa dia belajar just berdikari sendiri sekarang dah ada studio sendiri. Wa tabik sama lu lah brooo usahawan muda. Miss S suka trademark dia dulu, tulis blog pakai hati, ambil gambar pun pakai hati. Beliau ialahhhhh Si gambargrapher. Sekarang studio dia tengah buat promosi tau so apa lagii graaappp la weeiiiii



6. Yang tadi abang, yang ni adiknya pulak..si Si gigi rabbit. Si Irine memang la..sangat-sangat comelll..upssss kepada lelaki..dia sudah bertunang yee..awass..hahaha. Blog dia sempoii laa aku suka baca, dalam masa yang sama si Irine ni business jugak..haiss adik-beradik berniaga tau..hehehe. Good job masih belajar tapi dah ada pendapatan sendiri

ok itu sahaja daaaa Assalamualaikum~

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...