Benda yang TAK patut ada pada blog

Hah! ambik kau punya panjang tajuk entry aku kali ini. Aku kalau tak buat entry baru, selalunya aku baca blog-blog orang lain. EH!! chop aku memang selalu baca blog orang lain jarang buat entry baru gagagaga lawak kan? ok fine tak lawak. Kau orang apa khabar sihat tak? alhamdulilah kalau sihat moga sihat sampai bila-bila...

Ok benda-benda yang rasanya macam tak patut sangat lah ada kat blog ialah

1. Iklan-iklan yang membuatkan rase aku loya nak tengok blog tersebut. Contohnya 'anda inginkan kepuasan' 'tak cukup panjang' contoh je la..aku rasa eh hellooo aku bukak blog ke laman porno ni kan

2. Ini di tujukan kepada blog wanita la (aku pun blogger wanita jugak)..tak semua tapi segelintir kalau terasa lantaklah kan ada aku kesah hahahaha. Terlalu banyak kartun adoiiii tahu la jiwa tu keanak-anakkan tapi please la..kurangkan jangan la terlalu sarat, segala kartun mak nenek kau nak letak kan.

3. Yang ni memang aku paling-paling tak suka kuasa 3, bila nak tengok blog orang tu, keluar lak benda jadah apa entah suruh klik like kalau nak teruskan baca kalau tak tunggu 20 saat. Eh kau nak paksa-paksa lak orang klik apehallll *emo sikit*

4. Tak boleh klik kanan (skema). Rasa nya tak perlu kot, menyusahkan lagi ada *pendapat aku la*

5. Verification words bila nak komen, hadoiiii sumpah!!! menyampah gila

6. Bila tengah loading nak buka blog tersebut keluar la benda jadah entah "selamat datang blog saya" errrrrrrrr kalau orang dah bukak blog kau tu tak payah nak selamat datang sangat lah

7. Dekat cursor tu ada je benda yang mengikut, lepastu berpusing-pusing lak tu rimasss ok

8. Ada lagu autoplay ggggrrrr rasa macam haiss entah la tak tau nak kata

9. Bebird biru ikut jek cursor aku, tak boleh duk dalam sangkar ke, sakit mata aku

10. Setiap kali buat entry baru mesti letak muka kau yang sebesar-besar alam, tajuk entry kau lain then akhir entry letak gambar muka kau yang nak tunjuk kan muka kau tak ada jerawat dan jeragat tu

Apa yang aku taip tu pendapat aku sahaja kalau ada yang terasa sila lah klik pangkah, aku tak marah punggg hahahahaa so chillll jangan nak emo sangat lah, ni entry bosan-bosan namanya ya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...