Trademark



Masa aku dok berangan sambil makan buah durian dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang kadang-kadang tak faham bahasa...aku terpanggil buat satu entry yang bertajuk trademark atau bahasa saintifiknya cap dagang. Bukan cap dagang barang..TETAPI orang...(sambil berkumandang lagu suspen) haaaa suspen tak..??

Masa on the way balik rumah tadi (cerite lame dh), dalam kereta, kepala hotak aku ligat menyusun tatabahasa dan perumpamaan untuk dimasukkan dalam entry aku ni (hiperbola sungguh). Di mana daddy aku memandu kereta mengalahkan  Micheal Schumacher atau aku tukarkan kepada Micheal Zainal Abu Schumacher. Entah apa yang nak dikejarkan aku tak tau la..aku kat belakang ni ha..macam-macam rasa, nak berak-berak pun ada. Ok dah berhenti mengarut.

Next, kita kembali kepada yang asal. Aku bukan apa.. (ha! tiba-tiba ayat bukan apa) bila aku duduk-duduk sambil merenung masa depan..aku terdengar perbualan manusia disekeliling aku, dimana.......(tak boleh blah ayat nak puitis aje) hujung ayat antara perbualan mereka macam pernah aku dengar...ermmm tapi dimana ya...

Especially kanak-kanak yang belum mumayiz ni, mudah sangat terikut. Kita yang dewasa ini perlu memantau adik-adik, anak buah, sepupu, anak jiran, dan sewaktu dengannya, agar tidak mudah terjebak, yang baik tak apa..ni yang buruk-buruk ni...adoiiii...(merepek la sengal!)



Antaranya ialah:

1. "aku bengang la, entah hape-hape bos tu, cakap tak serupa bikin..ape pun tak boleh.."


2. "mak, tahun ni nak baju raya 10 pasang la mak, nak warna-warni meriah sikit kan kan kan"
     Mak jawap "ha mak ni memang cop duit..lu pikir la sendiri"


 3. "perghh awek tu..lawa shiyot..baikkkkk punyyyerrrr.."


4. "ok murid-murid...siapa tahu jawapan untuk soalan ini..sila angkat tangan macam saya..."


5. "kau ni kenapa..ada masalah ke...ce cite ce cite.."

6. budak sekolah rendah (nada bergurau) "......lu menyalak manyak kuat, selupa anjing lu tawww"
    kawan budak sekolah tu jawap "...lu kasi gua mati dulu baru gua diam"



Ha apa macam bro, cuti sudah habis bro, eh! terikut lak kn? Ayat-ayat di atas itu CONTOH semata-mata..tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang mati. Nombor 1 hingga 5 tu ok lagi la..tapi yang nombor 6 tu...err not good. Moral of the story is..media elektronik dan media cetak sangat berpengaruh dalam kehidupan masyarakat, terutama dalam hiburan lah. Benda yang tak baik tu memang cepat menjadi ikutan masyarakat..Bukan saya kata hiburan tu tak baik..tapi segelintir masyarakat tu yang terlalu obses dengan hiburan sehinggakan memperngaruhi kehidupan seharian..


sekian



*entry ni dah lama, sekarang baru nak post, saje nk buat asam jawa menjadi asam minang, eh boleh?

2 comments:

  1. kelakar la en3 nie,,tp btol la filem skarang bnyk pengaruh x baek..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...