Tidak Sombong

Salam kali ni entry yang ringkas, padat dan berilmiah (ilmiah ke????)

Walaupun aku ni blogger yang cikai-cikai jek, tapi aku tetap mengikuti perkembangan blogger-blogger yang dah hebat tu..wa cakap sama lu..hahaa.(motiffff)

Tujuan aku buat blog 'dolu-dolu' sebab saja-saja, dah bosan aku mengadap facebook tu ha, aku buat blog ni..tak sangka best lak kan.

Ni aku nak habaq mai kat hangpa suma na, antara blog yang aku selalu dok usha-usha ialah.....jeng3 Kalau dieorang update blog mesti aku terjahnya la..Mereka ialah.......Intan kecik lagi comel.

Dulu aku tengok-tengok macam tu jek, but lama kelamaan macam best lak, 1 more thing, dia tak sombong ok...sangat la peramah..iye beb....percayalah cakap gua, eh mana ada cakap, ahhh tak kisah lah.

Hari tu aku view blog dia, blog die ada lagu automatik tau, apa kau ingat pintu rumah je ke ada automatik grrrrrr (merepek), then aku tanya la dia, siapa penyanyi lagu tu, sebab aku terjatuh hati lak dengar lagu tu, dia terus reply kat facebook aku..tak sampai sejam rasa nyer, siap bagi video youtube lagi post kat wall facebook aku, sebab tu aku kata dia tak sombong...

Aku mintak siapa penyanyi, dengan lagu-lagu sekali dia bagi..Bagus ada pontensi dapat A dalam exam hehehehe.

Seterusnya ialah....................................Eh! kita cerita serba sedikit pasal blog ni. Aku selalu duk usha blog dia ni bukan apa..cantik sesangat hasil karya dia, memang kreatif orangnya. Memang aku tak pernah mis baca blog dia bile dia dah update, bukan apa, tak sabar tengok hasil-hasil karya dia yang memang marveelllooss.

Memang superbb ok..kau orang...kalau sesiapa yang nak kawin ke, nak buat majlis berandoi ke, atau apa-apa sahaja event, boleh la panggil dia. (cehhh aku lak yang lebih-lebih) Yang aku dok kecoh-kecoh kan tu ialah tulis blog pakai hati, amik gambar pun pakai hati. Itulah dia punya apa orang kata, macam slogan la (errr slogan ke??) Boleh la..Apa kena mengena dengan tajuk entry aku???

Kena mengenanya ialah..aku pernah chat dengan dia kat facebook. SERIUS!!! Aku saja-saja jek chat kat facebook tu, tak sangka lak dia reply...And also...die sangat peramah ok..aku rasa aku yang malu-malu ghimau, tapi kita orang borak macam dah pernah jumpa ni antara satu sama lain..Tapi apa-apa pun memang cantik hasil kerja dia. Dia ni sebenarnya seorang gambargrapher..Nantilah aku kawin aku panggil abang ni hewhewhewhew (gatallll) :-)

Ok bye-bye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...